Virus Corona
PM Singapura Soal Kepanikan Borong Barang di Supermarket: Kecemasan Lebih Bahaya dari Virus Corona
Dengan kondisi ini Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberikan imbauan kepada warga Singapura, setelah status virus corona naik menjadi level oranye.
Dan kita harus yakin bahawa bersama-sama, kita boleh mengatasinya. Kita pernah menewaskan wabak SARS dahulu. Kini, kita lebih bersedia menangani virus baru ini.
Setiap kita ada peranan. Ikuti nasihat Kementerian Kesihatan dan dapatkan maklumat terkini dari sumber yang sahih seperti MUIS dan khidmat WhatsApp Gov.sg. Jaga kebersihan diri sendiri, keluarga dan sekitaran kita, dan ambil langkah berjaga-jaga. Jika anda tidak sihat, segeralah berjumpa doktor. Teruskan kehidupan anda seperti biasa.
Pemerintah akan melipat gandakan usaha untuk mengekang ancaman ini dengan sedaya upaya. Namun kita juga harus bersedia jika keadaan menjadi bertambah buruk.
Kita belum sampai ke tahap itu, dan mungkin ia tidak akan berlaku.
Namun, cabaran sebenar ancaman ini ialah kesannya terhadap perpaduan sosial dan daya tahan psikologi kita. Sifat takut dan cemas adalah suatu yang semulajadi.
Saya faham penyakit ini baru, dan kita semua mahu melindungi diri sendiri dan orang-orang yang kita sayangi. Tetapi, rasa cemas itu boleh menjadi lebih bahaya daripada virus itu sendiri.
Jadi, jangan biarkan rasa cemas membuat kita panik atau mengambil tindakan yang memburukkan lagi keadaan. Jangan sebarkan berita palsu. Jangan membeli bekalan pelitup dan makanan dengan berlebihan. Jangan menuduh mana-mana kumpulan bagi apa yang sedang berlaku sekarang.
Sebaliknya, ayuh kita bantu membantu sesama jiran tetangga, sahabat handai dan rakyat yang lain, khususnya mereka yang lebih memerlukan.
Dalam masa-masa sukar ini, saya terharu melihat ramai rakyat Singapura yang menghulurkan bantuan. Ada yang memberikan pelitup secara percuma kepada orang ramai. Ada pelajar yang membekalkan makanan kepada teman-teman yang menjalani cuti ketidakhadiran. Dan para pekerja kesihatan yang bertarung nyawa di barisan hadapan merawat pesakit-pesakit kita. Terima kasih atas pengorbanan anda. Anda menjadi sumber inspirasi kita semua.
Ayuh kita terus bertenang dan bersatu-padu. Saya yakin bersama-sama, kita boleh mengatasi apa jua cabaran.
Terima kasih. (*)
Artikel ini telah tayang di tribunbatam.id dengan judul Imbauan Perdana Menteri Singapura, PM Lee Hsien Loong: Jangan Sebarkan Berita Palsu
Penulis: Mona Andriani